GRAND OPENING~



Alhamdulillah, akhirnya setelah seminggu saya mengadap laptop, berjaya jugak saya hasilkan "3 LITTLE KINGDOMS" of mine; WIFE, MOMMY and STUDENT.

Saya adalah typical woman yg very perfectionist and inginkan yg terbaik dalam mempersembahkan sesuatu pada orang. Maka proses penyediaan blog ni memakan masa yg agak lama. Just imagine, nk carik template for the blog and modified the HTML pun memakan masa smpai 2-3 hari (maklumlah, saya budak baru bljr). Nasib baik suami saya seorang yg supportive dan sgt memahami tatkala saya tension2 ble ada problem editing the blog.

Thank you abg!


Tujuan blog?

- Hurm, kenapa saya start blogging? Actually saya dah start blogging few years ago, but blog tersebut merupakan blog peribadi tempat saya mencurahkan emosi dan isi hati yg terbuku (mostly perkara-perkara yg saya tak puas hati). And blog tu cuma boleh dibaca oleh husband saya sorg je. Huhu~

- So kenapa buat blog baru? Memandangkan saya sedang bercuti panjang (December 2011 - August 2012), duduk kat rumah ni terasa amatlah membosankan. Lagipun ramai kawan-kawan saya yg sering bertanya ttg perkembangan terbaru saya terutamanya ttg baby dalam kandungan saya ni. Bagi memudahkan urusan, saya merajinkan diri utk menulis blog khas utk tatapan semua.


Apa yg special ttg blog ni?

- Basically saya divide my blog into 4 parts :

  • Kingdom : Utk current post and new updates. Saya akan labelkan setiap post mengikut 3 categories; Wife, Mommy and Student. Bagi sesiapa yg hanya interested utk baca ttg my life as a future mom (which saya rasa sume hanya minat nk tau psal baby saya je), pegi kat Label, just click pada post yg berlabel Mommy. :)
  • Wife : Page khas yg saya tujukan buat suami saya. Ala-ala surat cinta gitu, tempat saya meluahkan segala isi hati dan kata-kata penghargaan buat si suami yg juga merupakan teman terbaik, nakhoda keluarga, pemimpin saya dan anak-anak hingga ke Syurga.
  • Mommy : Page ini pula saya dedicate istimewa buat anak yg bakal saya lahirkan. Corak penulisan saya lebih kepada perkongsian seorang ibu kepada anaknya yg amat dikasihi. Saya update setiap perkembangan terbaru semasa mengandung, ketika bersalin dan i/Allah his/her milestones setelah lahir.
  • Student : Part ni wlupun agak cliche but saya nk kongsikan jugak. Saya masih ada 3 tahun utk memperoleh segulung ijazah. Saya akan catatkan perjalanan saya sebagai seorang medical student dan setiap liku yg ditempuh utk smpai ke tempat yg saya berada skrg.

Harapan saya?

- Saya harap dgn sedikit perkongsian pengalaman ini, dapat mengeratkan lagi hubungan yg sedia ada dan bagi pembaca yg tidak mengenali saya lg, smoga blog ini menjadi permulaan tali persahabatan kita.

- Manusia tidak pernah sempurna. Andai ada kebaikan yg anda peroleh disebalik penulisan saya, silalah ambil sebagai panduan dan andai ada kekhilafan, maaf saya pinta dan jgn malu-malu utk membetulkan.



ITS TIME FOR THE GRAND OPENING!!!







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "GRAND OPENING~"