Mommy

Dear my little one,

Page "MOMMY" ni mama sediakan khas buat anak mama yg masih lagi dalam kandungan mama, menanti-nanti masa untuk menjengah dunia dan melalui alam kehidupan bersama mama dan abah.

Saat ini, mama baru masuk 32nd week of pregnancy. I/Allah mama cuba recap balik 32 wonderful weeks yg mama lalui bersama anak mama.

___________________________________________________________________________________

Sewaktu mama berkahwin dgn abah, berkali-kali atok "warning" mama supaya jaga-jaga takut mengandung. Atok risaukan mama dan abah yg masih lagi belajar.

Namun, perancangan Allah melebihi perancangan manusia. Setelah 4 bulan mendirikan rumahtangga, mama disahkan mengandung. Ketika itu mama dan abah sedang sibuk menghadapi peperiksaan akhir semester 5 di IMU, exam penting utk melayakkan kami melanjutkan pelajaran ke overseas.

positive : look at the faint pink line just beside the darker one.

Sewaktu belajar di IMU, memandangkan kos sewa di Vista Komanwel di situ terlalu mahal (RM1600+ per house), mama dan abah duduk berasingan. Nak tau macam mana abah react saat mama kirimkan sms bergambar (gambar atas tu)?

Mengalir air mata abah dan dia terus ambil wudhuk, sujud syukur. Yup! Kehadiranmu membuka satu lagi tirai kebahagiaan buat kami. Terima kasih, anakku.

___________________________________________________________________________________

My dearest baby,

Setelah habis exam, mama dan abah menetap di Melaka (rumah atok). Alhamdulillah, mama dan abah lulus dalam setiap papers yg kami ambil. Maka mama dan abah dah boleh tolak tepi dulu buku-buku dan tumpukan pada anak dalam kandungan ni.

Memandangkan kami bercuti panjang sementara menunggu masa utk fly ke Belfast; December 2011-August 2012, JPA stopkan dulu biasiswa kami. Perbelanjaan kini sume bergantung pada abah. Abah bekerja sebagai part-timer (barista) di Coffee Bean, Jusco. Abah tak benarkan mama bekerja, atas alasan mama tak boleh buat kerja berat2 masa mengandung. Risau sgt abah dgn kesihatan baby dia. :)



Abah bekerja mengikut shift. Shift pagi (9am-5pm / 11am-6pm) or shift petang (5pm-11pm). Kadang-kadang abah bekerja full time (9am-11pm). Tapi abah seronok bila dapat kerja lama, "rezeki anak" katanya setiap kali mama tanya dia penat ke tak.

Setiap bulan abah akan simpan RM100-RM200 untuk anak mama. Duit hasil penat lelah abah lah yg kami guna utk belikan barang-barang bayi.



Nak tgk gambar abah dgn uniform kerjanya?

Your cool daddy!

___________________________________________________________________________________

Anakku,

Sewaktu menetap di Melaka, mama attend regular medical check-up di Klinik Kesihatan Ayer Molek. Alhamdulillah, blood pressure, haemoglobin dan kandungan gula mama semuanya normal. Anak mama ni pun pandai jaga diri sepanjang berada dalam kandungan mama. Sentiasa sihat! Terima kasih ya sayang.

Ni mama upload kan your first ultrasound scan picture yg mama ambil sewaktu scan di Klinik Ayer Molek.
We can clearly see your tiny little fingers and toes. Masa ni baru 13th week of pregnancy.

How small you are (6.99cm)







Klinik kesihatan selalunya scan 3 kali sepanjang 9 bulan mengandung. Memandangkan mama dan abah sgt excited dengan kehadiran anak sulong, kami selalu ke private clinics utk scan bagi menghilangkan kerinduan. So far mama pernah scan di Klinik Amal dan Surgeri, Semabok dan Klinik Pakar Wanita Vincent & Liu, Air Keroh. 2D, 3D dan 4D scan.

Melalui scan kami dapat lihat wajah anak mama ni buat pertama kali. Masa tu, mama dan abah hanya nampak separuh muka je, separuh bahagian muka lagi terlindung dengan placenta mama. Walaupun cuma nampak separuh muka, mama tahu yg anak mama ni sgt cantik, cantik sejak dalam kandungan lagi.

Maaf, mama tak minta doktor printkan gambar. Next time kalau mama pergi lagi, mama mintak ya.

_________________________________________________________________________________

Semakin hari perut mama semakin besar. Selera makan pun bertambah-tambah sekaligus menaikkan berat mama. Daripada 52kg ke 63kg dalam masa 31 minggu. Nurse yg check mama selalu risau dgn pertambahan berat mama yg mendadak. Tapi mama tak risau dengan berat mama, malah senang hati sebab mama tahu anak mama ni sihat. :)

Our second honeymoon bersama anak dalam perut :)

Selain daripada itu, anak mama jugak makin aktif. Makin lama makin kerap dan terasa kuat dia kick. Setiap kali mama sentuh perut, mesti baby mama ni respon dengan kick mama balik. See how active you are, dear!  Mama pun tahu yg anak mama ni anak yg bijak. Walaupun still dalam womb, anak mama dah kenal suara abah dia. Setiap kali abah panggil anak abah, mesti baby bergerak-gerak, menyahut panggilan abah.

Mama dan abah selalu berdoa agar anak yg mama kandung ni menjadi anak yg soleh/solehah, taat kepada ibubapa dan berjasa kepada masyarakat kelak i/Allah.

_________________________________________________________________________________

Sayang,

Mama berusaha mendidik zuriat mama ni sejak dalam kandungan lagi, sayang.
Apakah persediaan mama dalam membentuk anak yg bakal mama lahirkan ni?


1. Al-Quran.
Mama baca our Holy Book Quran at least 2 pages everyday. Mama target utk khatamkan satu Quran before anak mama lahir. Abah pun sama, sentiasa cari masa baca Quran jugak walaupun dia sibuk bekerja. Kami nak anak kami biasa dengan ayat-ayat Allah. Setiap kali mama baca ayat-ayat Quran, mama selalu berharap agar setiap pengajaran ayat tersebut difahami oleh anak mama. Mama percaya, hanya Islam sahaja yg mampu menjadikan kita insan-insan berguna, berakhlak. Selagi kita beramal cara Islam, insyaAllah Allah will keep us on track, track to Jannah.



2. Pemakanan
Semasa pregnant, pemakanan amatlah mempengaruhi kesihatan bayi. Masa mula-mula mengandung, abah belikan mama susu Anmum. Tapi entah kenapa mama tak lalu nak minum. So abah belikan mama pasteurized milk (such as Dutch Lady, Magnolia, Goodday). Mama suka minum pasteurized milk.
Selain drpd tu, abah belikan mama pregnancy supplements New Obimin dan Salmon Oil. Kata kawan abah, Fish oil is good for the development of baby's brain. Ada omega-3 fatty acids eicosapentaenoic acid (EPA) dan docosahexaenoic acid (DHA). Kadang-kadang mama terlupa/terskip jugak, tp abah selalu ingatkan mama (setiap hari!). Anakku, mama dan abah selalu nak yg terbaik buat anak kami. Selagi kami 
mampu beli mcm2 supplements, kami cuba usahakan utk beli.


3. Musics
Anak mama nak tau, mama ada baca dalam mcm2 websites, perkembangan otak baby turut ter'stimulate' kalau kita dengarkan baby music sejak daripada mengandung lg. Mama downloaded few songs for you, dear. Mama suka dengarkan anak mama lagu :

Asma ul Husna
 Without you (Sami Yusof)
Ma Li Rabbun Siwah (Da'i Nada) 
Minuet in G (Ana Magdalena Notebooks)
Lullaby & Goodnight
 Hush Little Baby 

Tahu tak lagu music mana paling selalu anak mama respon? Minuet in G. 




4. Sudoku 
Mama ada jugak terbaca, kalau si ibu selalu buat Maths or selalu gunakan brain to solve critical problems, it can stimulate the baby's brain too. So, memandangkan mama dah lama stop belajar Maths, of course lah mama pilih the "solving-problem" method. Yup! Sudoku. Mama beli 2 buku Sudoku, satu utk Brain Busting, satu lagi utk IQ sharpening. Alhamdulillah, setakat ni mama baru abeskan 1 buku. Tinggal satu buku lg. :)


5. Buku-buku & Websites
Mama selalu baca buku-buku dan website tentang keibubapaan. Maklumlah, mama baru first time nak menimang anak. Ilmu mama masih cetek dan perlu dimantapkan lagi. Atok Ramli pun ada hadiahkan mama satu buku ni :

Mama still dalam proses membaca. Skrg dah masuk page 86. Alhamdulillah, byk yg dapat mama timba drpd buku ni. Mama harap tiap ilmu yg mama peroleh mampu mama praktikkan pada anak mama tersayang ni. Tak sabar pulak rasanya nak sambut kedatangan anak mama ke dunia. 


Mama tahu, hidup di dunia ni satu ujian, penuh dgn duri dan ranjaunya. 

Syaitan dan Iblis pun pernah berjanji akan sentiasa menyesatkan anak-anak Adam. 

Tapi, anak mama jgn takut ya. Kita kan punya Tuhan. 

Saat cahaya mata mama dilahirkan, sambutlah tangan mama dan abah, kami akan pimpin kamu dengan pertolongan Allah, sama-sama kita meniti perjalanan ini hingga sampai Syurga ya syg.
_________________________________________________________________________________

My beloved child,

Mama sangat percaya bahawa rezeki datang drpd Allah. Sahabat rapat mama pernah beritahu mama, "Allah akan bukak byk pintu-pintu rezeki dgn kehadiran cahaya mata." Byk firman-firman Allah yg mama baca meyakinkan mama tentang rezeki yg dtg bersamamu, nak.  

Firman Allah  :

"Katakanlah olehmu (wahai Muhammad) siapa yang memberi rezeki dari langit dan bumi? Katakan "Allah." (Surah Saba' ayat 24)

"Dan sesungguhnya telah kami muliakan anak-anak Adam, kami angkut mereka di daratan dan di lautan, kami berikan mereka rezeki yang baik." (Surah Al Isra ayat 70)

"Janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan miskin. Kamilah yang akan memberikan rezeki kepada mereka dan juga kepada kamu." (Surah Al Isra' ayat 31)


Mama terasa sgt pertolongan Allah itu luas sepanjang mama mengandungkan anak mama ni. Syukur Alhamdulillah, ramai ahli keluarga dan rakan-rakan kami menghulurkan hadiah dan membantu kami dalam menyediakan barang-barang keperluan anak mama ni. Dan kebetulan pula JPA baru je naikkan biasiswa utk pelajar-pelajar yg belajar di United Kingdom. From £650 sorg kepada £880 sorg. Sekali lagi mama panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi atas limpahan nikmat yg mengalir. Senang hati mama dan abah utk bawak bayi mama ni ke Belfast nnt.

Tahu tak, anak mama dapat byk hadiah walaupun kandungan mama baru 32 minggu. Say thanks to your sweet aunties and opah. :)

FROM AUNTY LIYANA : Travelling mat, bedung and barut


FROM AUNTY SHIMA : Teddy Album and Baby Pooh Clothes




FROM OPAH SU : Anakku Bedding Set

Atok pun banyak belikan mama dan anak mama barang-barang lain seperti set berpantang Amway and your bath tub. Atok De pun ada bagi mama bedung, barut dan beberapa helai pakaian lama anak-anak dia. Tapi kalau boleh, mama nak bagi anak kecil mama ni pakai semua pakaian baru. So mama dan abah sedaya upaya menyimpan duit utk belikan anak mama brand new clothes. :)

Ni mama uploadkan barang-barang yg mama dan abah baru belikan utk anak yg masih dalam kandungan mama ni. Mama sgt excited masa beli barang-barang ni especially baby clothes, rambang mata dibuatnya. Abah byk kali tegur mama agar jgn terlalu membazir sbb baby cepat membesar. So kena bijak spendkan duit utk barang yg tahan lebih lama.

Look at those cute pinky stuff...ada giraffe, ada teddy bear, ada mickey and minnie... :)

Feeding bottles from Tommee Tippee. It's BPA free!

Little Bean Sterilizer & Warmer

Yang lain mama x dapat nak tunjukkan. Byk sgt. Nanti mama update sikit-sikit apa yg mama beli untuk buah hati mama ni ya.

_________________________________________________________________________________

Duhai anakanda,

Semasa mama surf internet, ada satu picture yg menambat hati mama :



Well, mama totally agree with that statement.

Sudah menjadi fitrah manusia, Allah menyuntikkan perasaan kasih sayang dan cinta dalam diri insan yg bergelar ibu dan bapa. Kerna melalui perasaan kasih ini lah, manusia berusaha memelihara, melindungi dan membimbing anak-anak mereka sebaik mungkin sekaligus menjamin penerusan generasi seterusnya (penerusan spesies manusia) di bumi Allah ini.

Sukar utk digambarkan bagaimana kasihnya seorang ibu kepada anaknya seperti apa yg mama rasakan skrg. Seorang ibu sanggup berkorban masa, tenaga dan harta demi memastikan kebajikan anak mereka terpelihara. Dan, percayalah, kehadiran anak mama membuatkan mama lebih menghargai jasa atok yg byk berkorban membesarkan mama dan adik beradik mama yg lain.

Anak mama yg disayangi,

Ketika awal-awal kandungan, mama mungkin masih malu-malu utk bercakap bersendirian dgn anak mama yg masih berada dlm rahim mama, namun kini setelah 7 bulan lebih mengandungkanmu, mama semakin seronok bercerita dan meluahkan perasaan sayang mama pada anak mama ni.

Berbagai-bagai kata nasihat yg mama dan abah sampaikan kepadamu sayang. Makin bertambah usia kandungan, mama makin rasakan yg hubungan kita makin erat. Anak mama pendengar yg setia. Mana tidaknya, sewaktu mama gembira, sewaktu mama sedih, ketika mama berseorangan, anak mama lah yg berada di sisi mama.

Tidak dinafikan, mama juga insan biasa yg ada ketika mengalami "mood swing", dan setiap kali itulah anak mama akan bergerak-gerak, seakan-akan hendak memberitahu mama yg mama is not alone. Ketahuilah, every time you do that, kamu berjaya membuatkan mama kembali kuat. Mama perlu nampakkan bahawa mama adalah seorang ibu yg kuat di hadapanmu, nak.

Mama anggap 9 bulan tempoh mengandung adalah 'period' di mana mama menyediakan diri mama, menyempurnakan diri mama yg tak seberapa ini agar ketika kamu lahir nanti, mama dapat menjadi ikutan, contoh yg terbaik buat anak mama.

Mama sayang sangat dengan buah hati mama ni.

_________________________________________________________________________________

My little one,

Untuk pengetahuan anak mama, usia kandungan mama sekarang sudah menjangkau 35 minggu. Ini bermaksud insyaAllah tidak sampai sebulan lagi mama bakal menimang cahaya mata yg dinanti-nantikan ni.

Allahuakbar!

Cepat sungguh masa berlalu kan?

Baru-baru ni mama dah abah balik KL selama 4 hari.
Ada 3 main things yg mama dan abah kena settlekan kat KL kali ni :

1. Urusan dengan JPA

Daripada Melaka kami terus ke JPA utk bertanya few questions especially tentang proses nak bawa anak ke Luar Negara. Mama dan abah dah bincang dengan semua atok dan opah utk membawa anak sulong mama ni sekali sewaktu kami berangkat ke Belfast. Actually pada mulanya atok dan opah suggest tinggalkan baby dulu, 6 bulan lepas tu baru balik bawa baby ke overseas.

Tapi bila mama pikir-pikir balik, after 9 months mama carry the baby inside my own womb, lahir-lahir je dah nak kena tinggalkan anak mama nun jauh terpisah dek benua. Ibu mana lah yg sanggup berjauhan dengan anaknya apatah lagi ketika si anak belum cecah sebulan pun lagi.

Setelah turun naik pejabat JPA 3 kali, akhirnya Allah permudahkan jua urusan kami. Alhamdulillah, syukur ya Allah...JPA akhirnya bersetuju untuk book kan tiket penerbangan infant sekali dengan tiket penerbangan mama. JPA hanya akan bayar tiket mama dan abah dan kos tambahan utk infant kami akan bayar sendiri pada MAS. Terima kasih kepada Kak Liza dan En. Azriey (pegawai JPA) yg sangat berdedikasi, sentiasa prihatin dan considerate dalam menjaga kebajkan pelajar tajaan JPA.


2. Urusan dengan Opah Su berkaitan DUIT

Masa mama dan abah baca procedures for visa application utk dependent (which of course visa aplication for you, my dear baby), alangkah terkejutnya kami bila dapat tahu yg kami perlu ada 4050 pounds dalam akaun as a financial assurance. 4050 pounds! equals to RM20K! 

Hurm, dengan kondisi mama dan abah yg masih belum bekerja ni, termenung jugak kami bila pikir mana nak dapatkan duit sebanyak tu. Tapi Alhamdulillah, sekali lagi Allah Maha Pengasih Maha Penyayang. Setelah berbincang dengan Opah Su, dia offers nak tolong support the whole amount. 

Terima kasih yang tak terhingga atas jasa Opah Su yg sudi pinjamkan such a big amount for our baby. InsyaAllah kami akan pulangkan semula duit tersebut setelah urusan visa baby selesai ya.

So, anak mama dah boleh get ready to fly! Yeay!


3. Beli barang utk fly dan barang baby

Balik KL kali ni, opah bawak abah dan mama ke One Utama, PJ. Opah offered nak sponsor luggage, winter coats, thermal inner wears and sweaters utk fly nnt. Malu jugak sebenarnya sbb bukannya murah. Tapi mama dan abah terima dengan hati yg malu-malu jugak. Huhu~ Kata orang, rezeki jangan ditolak. :) Memandangkan perut mama dah sarat (8 bulan dah kandungan ni), membeli-belah dekat shopping besar mcm OU tu rasa penat sgt. Kejap-kejap mama cari bench utk rehat. Tak larat nak tahan berdiri lama-lama. Rasa tegang sgt dekat bahagian atas pubic symphysis mama.

So, setelah dikira-kira semula,
Total cost for all the stuffs = RM1000++
(Terima kasih ibu mertuaku syg for such a treat! Jasamu dikenang. Love u mama!)

Then the next day mama dan abah ke Jusco Aeon Wangsa Maju utk beli barang-barang utk anak mama yg tercinta ni pulak. Nak tahu ape yg kami belikan tak?

Jeng..jeng...jeng...Lets check it out :


Hihi~ mama dah siap susun dalam drawer baby :)


Setelah mama remove MamyPoko...ada berus botol pink in color!






Bag baby, Pureen's liquid cleanser (feeding bottle and pacifier), Tollyjoy baby laundry detergent.


Pigeon Pacifier and Baby Kiko Nasal Aspirator (abah yg excited nak beli dua ni)


Tilam anak mama yg empuk!


Tilam empuk yg telah dibuka utk menunjukkan keempukannya~


Alhamdulillah, Alhamdulillah. Barang-barang keperluan buah hati mama ni dah lengkap. Yippi~

Cuma tinggal baby stroller and baby carrier/sling je. Mama dan abah pakat nak beli 2 benda tu after anak mama lahir nanti. Nak travel dalam airport akan jadi lebih mudah kalau ada stroller and carrier tu.

So, itulah 3 urusan penting yg kami dah selesaikan di KL.

Mama dan abah sampai Melaka hari Isnin (9th July 2012) pukul 2.30 ptg. Sampai je rumah atok, abah terus solat Zohor dan tidur utk lepaskan penat seketika. And abah bangun pukul 5ptg, solat Asar dan bersiap utk masuk kerja pukul 6ptg. Mama tahu abah masih lagi penat, tapi abah tak mengeluh pun. As always, abah sentiasa tunjukkan senyumannya depan mama.

Mama sayang both your dad and you!

_________________________________________________________________________________

Intan payung kesukaan mama,

Semalam mama keluarkan semua baju-baju anak mama, tuala mandi, handkerchief, selimut, bedung, barut, mittens and booties, and also your cute baby caps sbb mama nak cuci semuanya before anak mama pakai. Maklumlah, kulit bayi ni sensitif sikit. Mama just wanna make sure that everything clean before baby mama pakai.

Mula-mula, mama rendam semua pakaian tu dengan larutan Tollyjoy Baby Laundry Detergent yg sgt wangi. Then mama sental guna tangan one by one. Your clothes are sooo tiny and cute!!!! Sekejap je dah selesai sesi cuci mencuci.

Next, mama asked your beloved abah utk bawakan besen baju ke ampaian (mama tak larat nak carry). How wonderful your abah because dia pun nak sama-sama sidai pakaian anak mama yg comel-comel tu.

This is what he wrote in Twitter :
"Hari ni lps hbis cuci baju baby, sidai baju2 tu sambil ckp "comelnye anak abah" brulang2 kali...bunyi mcm dah excited benor!"

Haha~ That is your dad!

Setelah sidaian kering, mama dengan berhati-hati lipat semuanya balik dan susun dalam drawer anak mama. Ni mama upload pakaian yg telah siap dibasuh, berbau harum dan lebih bersih! Tanda kasih sayang mama dan abah yg tidak terhingga terhadap anak sulong mama ni.




 Mama berdoa pada Tuhan yg Maha Esa, agar segala perjalanan ini dipermudahkan Allah. Aminnn~

_________________________________________________________________________________


Dear love,

Mama dah jumpa buku yang terbaik untuk bantu mama dalam mendidik anak-anak menurut ajaran Islam. Buku ni mama dapat tahu bila mama Google. Setelah di'survey' and compare few books, mama think that this book is so far the best of all. And banyak ceramah-ceramah dan usrah yg kupas buku ni utk membantu ibubapa dalam memberikan pendidikan terbaik bagi anak masing-masing.

Here is the book, ada 2 jilid :

Tarbiyatul Aulad fil Islam (Prof. Abdullah Nasih Ulwan)

Harga buku ni satu RM70+. Mama masih lagi kumpul duit utk beli buku-buku ni.

Setelah mama tanya beberapa orang, akhirnya ada seorang rakan usrah atok yg memiliki buku ini dan sudi pinjamkan kepada mama. Syukur ya Allah, bila dah niat kerana Allah, ada sahaja jalan-jalan yg Allah buka.

Sekarang ni mama baru baca Jilid 1, dah sampai Bahagian 2 Fasal 4 : tanggungjawab pendidikan mental (m/s 299). Buku ni tebal yg amat, ada 612 pages. Belum lagi Jilid 2. Tapi insyaAllah, mama berazam akan habiskan baca setiap helaian tanpa skip satu pun. Setiap ilmu yg tercatat terlalu mahal utk dinilai. Mama tak nak ter'miss' anything.

Semakin banyak mama baca, semakin mama sedar betapa ceteknya ilmu di dada. Byk yg dapat mama timba drpd setiap penerangan dan huraian Prof. Abdullah Nasih Ulwan.

Susunan isi dan huraian serta dalil-dalil yg digunakan sangat lengkap dan bertepatan. Mama sgt excited nk promo buku ni pada semua dan mama harap bila sampai masanya kelak, anak mama pun akan terdetik utk membaca buku ini sebagai persediaan utk menjadi ibu.

Basically, buku ni terbahagi kepada 3 bahagian dan setiap bahagian terbahagi kepada beberapa fasal.

BAHAGIAN PERTAMA (4 fasal) :

  1. Perkahwinan mithali dan hubungannya dengan pendidikan
  2. Perasaan naluri terhadap anak-anak
  3. Hukum-hukum umum berkaitan dgn anak yg baru lahir (tahnik, nama anak, aqiqah, khatan)
  4. Sebab anak-anak nakal dan cara memperbaiki


BAHAGIAN KEDUA (7 fasal) : Tanggungjawab ibubapa pada anak

  1. Tanggungjawab pendidikan keimanan
  2. Tanggungjawab pendidikan moral
  3. Tanggungjawab pendidikan jasmani
  4. Tanggungjawab pendidikan mental
  5. Tanggungjawab pendidikan rohani
  6. Tanggungjawab pendidikan sosial
  7. Tanggungjawab pendidikan seks


BAHAGIAN KETIGA (3 fasal) :

  1. Cara-cara pendidikan yg berkesan
  2. Kaedah-kaedah asasi dalam pendidikan anak
  3. Petunjuk-petunjuk pendidikan yg wajib diperhatikan.



So that's the content! Awesome kan? Sangat lengkap. Rupanya pendidikan anak-anak ni bermula sejak pernikahan si ibu bapa lagi.

Like mama said before, mama baru je sampai Bahagian 2 Fasal 4. Banyak lagi yg nak kena belajar utk melengkapkan diri mama sebelum bergelar ibu.

Ayuh! Jom sama-sama kita timba ilmu keibubapaan daripada murabbi yg mantop!!!



p/s : Walaupun mama pinjam je buku ni, tapi mama memang pasang niat utk memiliki sendiri buku ni sebagai rujukan masa hadapan. Manusia mudah lupa, begitu juga mama. Abahnya, kita kumpul duit smpai cukup ya?

_________________________________________________________________________________

My beautiful little daughter,

Dah lama rasanya mama tak update page ni. Alhamdulillah, kandungan mama dah masuk 38 weeks (full-term). Ini bermakna anak mama ni bila-bila masa sahaja boleh keluar daripada rahim mama.

Cepat-cepat keluar if you are ready ya sayang. Mama dan abah, atok-atok dan opah, your aunties and uncles semua dah tak sabar-sabar nak tengok anak mama ni.

Utk pengetahuan anak mama, sekarang ni  sudah masuk Ramadhan ke-6 mama berpuasa dan berterawikh setiap malam selepas Isyak dengan anak kesayangan mama.

RAMADHAN KAREEM 2012

Alhamdulillah, mama bangga dengan pencapaian anak mama. Mana tidaknya, walaupun kita sama-sama menahan diri daripada lapar dan dahaga, waktu Ramadhan ni anak mama super aktif. Asyik gerak sana, gerak sini. Tapi bagus jugak, sebab at least mama tahu anak mama ni sihat dalam perut mama.

Tambahan pula mama dapat selalu main-main dengan anak mama.Setiap kali anak mama gerak, setiap kali itu mama usap perut mama. Kadang-kadang mama dapat rasa kaki/siku anak mama (rasa tulang yg keras at one side of my abdomen). Mama tapped gently pada that part and anak mama akan bergerak, and ubah your position. Huhu~ cute lah anak kesayangan mama ni.

__________________________________________________________________________________

So here are the latest update :

1) First day of Ramadhan, mama khatam al-Quran.
   Alhamdulillah, tercapai hajat mama. Sekarang ni mama
   sedang ulang baca selected surah yang elok semasa
   mengandung.

  • Surah Yusuf :: Mama niatkan agar anak mama mempunyai rupa paras yg indah dan sejuk mata memandang. Yusuf juga merupakan seorang nabi yg kuat menahan keinginan nafsu tatkala digoda Zulaikha. Semoga anak mama juga kuat mengawal nafsumu seperti Nabi Yusuf.

  • Surah Maryam :: Semoga proses bersalin dipermudahkan Allah sepertimana Allah permudahkan kelahiran Nabi Isa daripada rahim Maryam. Selain daripada itu, surah ini turut menceritakan beberapa kisah Nabi-Nabi pilihan Allah.

  • Surah Taahaa :: Surah ini lah yg berjaya melembutkan hati Umar untuk memeluk Islam. Dan mama berharap agar surah yg sama ini mampu menjadikan anak mama dilembutkan hati dalam menerima kebenaran dan ajaran Islam.

  • Surah Luqman :: Merupakan surah di mana Luqman yg memiliki kebijaksanaan menasihati anaknya. Mama berdoa agar anak mama memiliki kebijaksanaan dan memahami dan mengikut nasihat berguna Luqman terhadap anaknya.

 
  • Surah Yasin :: Surah ini juga dipanggil hati al-Quran. Semoga Allah terangkan hati dan celikkan mata anak mama dalam memerhatikan kebesaran dan keagungan Tuhan Yg Maha Esa.
  
"Ketahuilah bahawa di dalam jasad ada segumpal daging, yang jika ia elok maka eloklah  seluruh jasad, dan jika ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah, bahawa ia adalah hati”. (Imam Muslim)


  • Surah ar-Rahman :: Mama berdoa ketika membaca surah ini agar anak mama pandai berbicara. Selain daripada itu, surah ini menceritakan tentang kepermurahan Allah s.w.t dan semoga anak mama menjadi seorang hambaNya yg sentiasa bersyukur atas segala nikmat yg mengalir.


2) Anak mama nak tahu, abahmu yang baik hati lagi pemurah dah belikan mama buku yg mama idamkan. Yeay! Buku ini so far the cheapest we can get. Kami beli di kedai buku Carrefour Setiawangsa. Pada mulanya hajat hati nk tgk mana-mana buku agama yg ada, tiba-tiba ringan pula mulut mama nak bertanya tentang buku tersebut dan Alhamdulillah tak sia-sia mama bertanya. :)


Combination Jilid 1 & 2 (1200 mukasurat)


3) Anak mama dapat hadiah lagi! This time from Opah. Bedung purple in colour. Let's check it out!




4) And tak fair lah kalau anak mama sorang je dapat hadiah kn? Mama pun dapat hadiah jugak from your beloved daddy. Kasut baru Bata Comfit! Yuhuuu~ Selesa yg amat. Maklumlah, bila perut dah makin besar, kaki pun dah mula lenguh-lenguh bila berdiri lama. Dengan adanya kasut baru, makin rajinlah mama berjalan ikut abah. Nak tgk gambar kasut baru mama tak?

:
:
:
:
:

Ala, tak payahlah. Malulah pulak nak tunjukkan gambar kasut yg dah dipakai kat dalam blog ni.



5) Ops, sebelum terlupa baik mama tulis cepat-cepat. Abah telah pun menghantar resignation letter to Coffee Bean & Tea Leaf. Actually resignation letter tu written by me (your daddy's successful secretary. Hahaha~). Abah officially berhenti kerja pada 15th August 2012. Barang-barang anak mama pun dah cukup kami beli. Sekarang ni masa untuk abah tumpukan perhatian pada mama dan berada di sisi mama saat menantikan kelahiran anak kami yg sulong.

Mama nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih buat abah, Ahmad Khomeini :

  • Atas perhatian yg tidak pernah berkurang
  • Atas kesabaran yg tidak henti-henti
  • Atas kasih sayang yg sentiasa bercambah
  • Atas pengorbanan yg sentiasa dicurah


Jasamu akan mama dan anak kenang sampai ke Syurga.


InsyaAllah.

__________________________________________________________________________________


TANGGAL 5 OGOS 2012
5.51 PAGI
KAMAR 5, HOSPITAL MELAKA

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah....

Tiada lagi ungkapan yg mampu mama ungkapkan tatkala melihat anak mama buat pertama kalinya setelah sekian lama dinanti.



JANNAH AZZAHRA BINTI AHMAD KHOMEINI



Anakku sayang,

Ingin mama perdengarkanmu pengalaman mama ketika menempuh saat-saat kelahiranmu syg.

Pada pagi 4 Ogos, ketika alam masih lg sunyi dan insan-insan kebanyakannya masih lena dibuai mimpi, mama bangkit ke toilet dan perasan ada sedikit tanda darah.

Mama segera google berkaitan dgn tanda-tanda bersalin dan tatkala abah bangkit daripada tidurnya, mama beritahu abah. Mama dan abah decide utk tunggu sehingga rasa sakit baru kami ke hospital.

Mama tetap berpuasa pada hari tersebut. Setelah berbuka puasa, Atok minta abah hantar mama ke Hospital Melaka kerana tidak mahu menanggung apa-apa risiko andai terlambat.

Maka kami dengan patuhnya bertolak ke hospital setelah menunaikan solat maghrib.

Setibanya di hospital, kami ke labour room. Berdebar-debar hati mama. Maklumlah, sakit bersalin bukan macam sakit biasa-biasa. Ia kesakitan luar biasa hinggakan Allah meletakkan kesakitan bersalin sebagai satu jihad.

Setelah melalui beberapa procedures, doktor minta mama ke wad bersalin dahulu kerana menurut Doktor, bukaan mama baru sahaja 2cm.

Memandangkan polisi hospital tidak membenarkan peneman menemani pesakit, abah terpaksa akur walaupun berat hatinya meninggalkan mama bersendirian di wad Kelas 2. Abah tunggu mama dengan sabarnya, tidur di dalam kereta sementara menanti saat detik dan ketika.

Tepat jam 1.06 pagi, kesakitan mula mama rasa. Sakit pinggang yg teramat, mungkin 5 kali ganda kesakitan senggugut mama. Kesakitan tersebut bertahan selama 30 saat dan berhenti. 10 minit kemudian, kesakitan yg sama datang kembali.

Kerana tidak tahan, mama beritahu nurse, tapi nurse ckp belum masanya lagi. Maka mama tunggu lagi sambil menahan sakit. Mama tabahkan jua hati utk terus bertahan.

Makin lama kesakitan makin kerap dan bertambah-tambah. Sampai satu masa, mama rasa amniotic sac mama pecah dan mama panggil nurse sekali lagi. Mama kemudian ditolak masuk ke satu bilik utk pemeriksaan.

Doktor beritahu bahawa bukaan baru 4 cm dan utk bersalin, at least bukaan 8cm diperlukan.

"Sakit sangat doktor"
Itu ungkapan mama pada doktor.

Tangan mama menekan katil setiap kali kesakitan terasa. Allahuakbar! Dugaan dan ujian Mu ya Allah.

Saat mama keseorangan menahan kesakitan itu, tiba-tiba mama nampak abah masuk. Tak mampu mama huraikan betapa leganya hati mama, betapa berkurangnya bebanan kesakitan mama bila mama pandang wajah abah. Abah ckp abah risau mama tak angkat phone, sebab itu abah segera ke wad utk jenguk mama.

Lihatlah wahai anakku, betapa nervousnya mama dan abah saat menantikan kelahiranmu.

Akhirnya, doktor arahkan nurse tolak mama ke bilik bersalin setelah 5 jam mama menahan kesakitan.

Abah turut sama mengiringi mama di sisi.

Setibanya di labour room, perasaan sakit bertukar kepada rasa ingin meneran. Perasaan ingin meneran yg amat kuat. Tepat masa dan ketika, apabila nurse meminta mama meneran anak mama, mama tarik nafas dalam-dalam dan teran dengan segala kudrat yg diberi Allah.

Dan Alhamdulillah, dalam masa setengah jam, kedengaran tangisan si kecil.

Wajahmu mama tatap dengan penuh kesyukuran. Kamu sempurna sayang. Sempurna di hati mama dan abah.

Hilang segala kesakitan mama. Hilang segala resah abah.

Abah mengambil alih tugas dengan mengazankan anaknya sambil diiringi laungan azan Subuh daripada Masjid Al-Azim Melaka. Kemudian, di telinga kirimu, abah iqamatkan.



Buat cahaya mata mama :

 

TERIMA KASIH ATAS KEHADIRANMU DI MUKA BUMI ALLAH INI, MENYEMPURNAKAN KEHIDUPAN RUMAHTANGGA MAMA DAN ABAH.

_________________________________________________________________________________ 

Sayang mama, Jannah Azzahra.

Tempoh berpantang merupakan cabaran besar buat mama. Tempoh transit mama utk menyesuaikan diri sebagai seorang ibu. Tempoh recovery daripada bersalin. Tempoh di mana mama terpaksa menahan keinginan selera makan kerana berpantang.

Mama berpantang di Melaka selama 13 hari sebelum ke Kuala Lumpur utk beraya di rumah Onyang di Datuk Keramat. Atok Mak dan Nenek (moyang) byk sangat membantu mama selama mama berpantang di Melaka.

Oh ya! Jannah tahu tak bila Jannah menangis, Nenek akan letakkan Jannah di atas ribanya dan dodoikan Jannah dengan selawat. Jannah selalu terbuai dgn suara merdu Nenek berselawat dan akhirnya tertidur di pangkuan Nenek.

Abah ketika ini sangat sibuk dgn urusan visa Jannah. Berulang-alik abah drpd Melaka-KL utk pastikan visa dan tiket penerbangan Jannah dapat diselesaikan dalam masa 20 hari sebelum fly. Kesian abah. Dia selalu nampak letih dan risau kalau-kalau ada masalah dgn urusan visa dan tiket.

Sepanjang mama berpantang, mama dapat byk hadiah drpd kawan2 dan saudara. Ramai yg datang melawat Jannah dan mama. Setiap yg datang sibuk meneka Jannah ikut rupa siapa. Huhu~ Anak mama ni muka berubah-ubah setiap minggu. Kejap muka abah, kejap muka mama. Tak boleh nak tentukan lagi.


First pic Jannah with Abah in Ward


First pic Jannah with Mama after cukur rambut
________________________________________________________________________________


Mama dan Abah cukurkan Jannah tepat usia Jannah 7 hari seperti yg disunatkan dalam Islam. Mama minta jasa baik Atok De Din utk cukurkan anak mama ni.


Bismillahirrahmanirrahim...pencukuran bermula. Jannah slept soundly at that time :




Alhamdulillah, pencukuran berakhir. Guess what? you were still sleeping. X sedar langsung Atok De dia potong rambut dia. Good girl! Muahhhh!!!! (rambut tu nk kena timbang dan sedekah ikut kadar timbangan emas i/Allah) :



____________________________________________________________________________


Syurga Mama di Dunia,

Cuba lihat gambar ni. Si Comel yg bertopi. :)
Look at how small you were. Badan je hanya sebesar tangan mama.
Tapak kaki cuma sebesar 2 jari mama.
Awww~ sooo cute!

Breastfeeding???

Agak2 Jannah di mana ni? Cuba teka, cuba teka.


Nak clue lagi?



Jeng jeng jeng~


2 BIG Luggage~

Huhu~ Jannah berusia 20 hari sewaktu mama dan abah bawa Jannah ke Belfast, Northern Ireland. Opah Ndak cakap, "Rezeki Jannah datang cepat. Kecil-kecil dah berpeluang ke Luar Negara." Berkali-kali Opah tanya balik Abah dan Mama, betul-betul nekad ke nak bawa Jannah. Abah jawab dengan tegas, Abah nekad! Tak sanggup nak tinggalkan anak, kata Abah.

Kat atas tu nampak je 2 beg. Sebenarnya ada 6 beg semuanya. 3 luggage ke Kargo, 3 hand-luggage. Abah yg bertungkus-lumus uruskan beg2 yg byk tu. Mama pula menguruskan anak mama yg masih kecil.

Posing-posing sebelum masuk Terminal Antarabangsa :




SAY "BYE-BYE" MALAYSIA.

SELAMAT TINGGAL SEMUA. 

SEMOGA KITA BERSUA LAGI!

DOAKAN KAMI SEKELUARGA SIHAT DAN DIBERKATI DI BUMI ASING.

________________________________________________________________________________

Dear "wee" Jannah,

Post-post selepas ni mama layangkan ketika kita sekeluarga di Bumi Belfast, Bumi Asing yg kini merupakan "rumah" baru buat kita bertiga.

Bumi Asing di mana family2 muslim di situ menjadi keluarga baru kita. Bantuan yg tidak putus2 drpd mereka akan kita ingati selagi hayat dikandung badan insyaAllah.

________________________________________________________________________________

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS