Anak dan Al-Quran
Setiap
orang tua pasti menginginkan buah hatinya menjadi anak yang
soleh dan solehah.
Anak
soleh-solehah merupakan harta yang paling berharga bagi orang tua. Untuk
mendapatkan semua itu, tentu harus ada kesungguhan yang tinggi dari orang tua
dalam mendidik anak.
Salah
satu yang wajib diajarkan kepada anak adalah segala hal tentang al-Quran kerana
ia adalah pedoman hidup manusia.
Rasulullah
SAW pernah bersabda (yang ertinya):
Didiklah
anak-anakmu dengan tiga perkara: mencintai Nabimu; mencintai ahlul baitnya; dan
membaca al-Quran kerana orang-orang yang memelihara al-Quran itu berada dalam
lindungan singahsana Allah pada hari ketika tidak ada perlindungan selain
daripada perlindungan-Nya; mereka beserta para nabi-Nya dan orang-orang suci.
- HR ath-Thabrani
Allah
SWT berfirman:
Sesungguhnya
al-Quran ini memberikan petunjuk kepada jalan yang lebih lurus dan memberikan
khabar gembira kepada orang-orang Mukmin yang mengerjakan amal soleh bahawa
bagi mereka ada pahala yang besar. - QS al-Isra' (17: 9)
Bila
al-Quran sebaiknya diajarkan pada anak? Tentu seawal mungkin.
Semakin
awal semakin baik. Akan sangat bagus jika sejak anak dalam kandungan
seolah-olah calon anak kita itu sudah terbiasa 'hidup bersama' al-Quran; yakni
ketika si ibu yang mengandungnya, rajin membaca al-Quran.
7M Agar Anak Selalu Hidup Bersama al-Quran
1.
Mengenalkan
Saat yang paling tepat mengenalkan al-Quran adalah ketika anak sudah mulai tertarik dengan buku. Sayang, banyak orang tua yang lebih suka menyimpan al-Quran di rak almari paling atas.
Sesekali
perlihatkanlah al-Quran kepada anak sebelum mereka mengenal buku-buku lain,
apalagi buku dengan gambar-gambar yang lebih menarik.
Mengenalkan
al-Quran juga boleh dilakukan dengan mengenalkan
terlebih dulu huruf-huruf hijaiyah; bukan mengajarinya membaca,
tetapi sekadar memperlihatkannya sebelum anak mengenal A, B, C, D.
Tempelkan
gambar-gambar tersebut di tempat yang sering dilihat anak; lengkapi dengan
gambar dan warna yang menarik.
Dengan
sering melihat, anak akan terpancing untuk bertanya lebih lanjut.
Saat
itulah kita boleh memperkenalkan huruf-huruf al-Quran.
2.
Memperdengarkan
Memperdengarkan ayat-ayat al-Quran boleh dilakukan secara langsung atau dengan memainkan kaset atau CD.
Kalau
ada teori yang mengatakan bahwa mendengarkan muzik klasik pada janin dalam
kandungan akan meningkatkan kecerdasan, insyaAllah memperdengarkan al-Quran
akan jauh lebih baik pengaruhnya bagi bayi.
Apalagi
jika ibunya yang membacanya sendiri. Ketika membaca al-Quran, suasana hati dan
fikiran ibu akan menjadi lebih khusyuk dan tenang.
Kondisi
seperti ini akan sangat membantu perkembangan psikologi janin yang ada dalam
kandungan.
Ini
kerana, secara teori kondisi psikologi ibu
tentu akan sangat berpengaruh pada perkembangan bayi, khususnya
perkembangan psikologinya.
Kondisi
tertekan pada ibu tentu akan berpengaruh buruk pada kandungannya.
Memperdengarkan al-Quran boleh dilakukan bila-bila sahaja dan di mana sahaja;
juga tidak mengenal batas usia anak.
Untuk
anak-anak yang belum boleh berbicara, insyaAllah lantunan ayat al-Quran itu
akan terakam dalam memorinya.
Jangan
pelik kalau tiba-tiba si kecil lancar melafazkan surah al-Fatihah, misalnya,
begitu dia boleh berbicara. Untuk
anak yang lebih besar, memperdengarkan ayat-ayat al-Quran (surah-surah pendek)
kepadanya terbukti memudahkan si anak menghafalkannya.
3.
Menghafalkan
Menghafalkan al-Quran boleh dimulai sejak anak lancar berbicara.
Mulailah dengan surah
atau ayat yang pendek atau potongan ayat (misalnya fastabiq al-khayrât, hudan li an-nâs,
birr al-walidayn, dan sebagainya).
Menghafal
boleh dilakukan dengan cara seringkali membacakan ayat-ayat tersebut kepada
anak. Jadi latihlah anak untuk menirunya.
Hal ini
dilakukan berulang-ulang sampai anak hafal di luar kepala. Masa kanak-kanak
adalah masa meniru dan memiliki daya ingat yang luar biasa.
orang
tua harus menggunakan kesempatan ini dengan baik jika tidak ingin menyesal
kehilangan masa emas (golden age) pada anak.
Supaya
anak lebih mudah mengingat, ayat yang sedang dihafal anak boleh juga sering dibaca ketika ayah menjadi imam atau
ketika naik kereta dalam perjalanan.
Disamping
anak tidak mudah lupa, hal itu juga sebagai usaha membiasakan diri untuk
mengisi kesibukan dengan amalan yang bermanfaat.
Nabi SAW
bersabda:
Demi Zat yang jiwaku ada di tangan-Nya, sesungguhnya hafalan al-Quran
itu lebih cepat lepasnya daripada seekor unta pada tambatannya. - HR
al-Bukhari dan Muslim
4.
Membaca
Siapa saja yang membaca satu huruf dari Kitab Allah maka dia akan mendapat satu kebaikan. Satu kebaikan akan dibalas dengan sepuluh kali lipat.
Aku
tidak mengatakan bahawa alif-lam-mim adalah satu huruf. Akan tetapi, alif
adalah satu huruf, lam satu huruf, dan mim juga satu huruf. (HR at-Tirmidzi).
Sungguh luar biasa
pahala dan kebaikan yang dijanjikan kepada siapa saja yang biasa membaca
al-Quran.
Bimbing
dan doronglah anak agar terbiasa membaca al-Quran setiap hari walau cuma
beberapa ayat.
orang tua
penting memberikan contoh.
Jadikanlah
membaca al-Quran, terutamanya pada pagi hari usai solat subuh atau usai solat
maghrib, sebagai kegiatan rutin dalam keluarga.
Ajaklah
anak-anak yang belum boleh membaca untuk bersama-sama mendengar abang-kakaknya
yang sedang membaca al-Quran.
orang
tua mempunyai kewajipan untuk mengajarkan kaedah-kaedah dan adab membaca
al-Quran.
Untuk
boleh membaca al-Quran, termasuk mengetahui kaedah-kaedahnya, sekarang ini
tidaklah sulit.
Telah
banyak metode yang ditawarkan untuk boleh mudah dan cepat membaca. Ada
metode Iqra, Qiroati dan sebagainya. Metode-metode
itu telah terbukti memudahkan ribuan anak-anak bahkan orang tua untuk mahir
membaca al-Quran.
Alangkah
baiknya membaca al-Quran ini dilakukan secara bersama-sama oleh anak-anak di
bawah bimbingan orang tua.
Ketika
seorang anak membaca, yang lain menyemaknya.
Jika
anak salah membaca, yang lain boleh membetulkan.
Dengan
cara itu, rumah akan selalu dipenuhi dengan bacaan al-Quran sehingga berkat.
5.
Menulis
Belajar menulis akan mempermudah anak dalam
belajar membaca al-Quran. Ajarkan kepada anak kata-kata
tertentu yang mempunyai makna.
Dengan
begitu, selain anak boleh menulis, sekaligus anak belajar bahasa Arab.
Mulailah
dengan kata-kata pendek.
Misalnya,
untuk mengenalkan tiga kata alif, ba, dan dal anak diminta menulis a, ba da
(tolong tuliskan Arabnya, ya: a-ba-da) ertinya diam; ba-da-a (yang ini juga)
ertinya mulai; dan sebagainya.
Sesekali
di rumah, cuba adakan lumba menulis ayat al-Quran.
Berilah
hadiah untuk anak yang paling kemas menulis. Jika anak memiliki kemampuan yang
lebih dalam menulis huruf al-Quran, mereka boleh diajari lebih lanjut dengan
mempelajari seni kaligrafi.
Rangkaian
huruf menjadi sukukata yang mengandungi erti bertujuan untuk melatih anak dalam
memperkaya kosakata, di samping memberikan kesempatan bagi mereka untuk
bertanya tentang setiap kata yang diucapkan serta mengembangkan cita rasa seni
mereka.
Jadi,
tidak hanya bertujuan mengenalkan huruf al-Quran semata-mata.
7.
Mengkaji
Ajaklah anak mula mempelajari isi al-Quran. Ayah boleh memimpinnya setelah solat maghrib atau subuh.
Paling
tidak, seminggu sekali pelajaran sekeluarga ini dilakukan.
Tajuk
yang diketengahkan boleh jadi tajuk-tajuk yang ingin disampaikan berkaitan
dengan perkembangan perilaku anak selama satu minggu atau beberapa hari.
Kajian
bersama, dengan merujuk pada satu atau dua ayat al-Quran ini, sekaligus dapat
menjadi sarana tawsiyah untuk seluruh anggota keluarga.
Pada
waktu yang sama, tajuk yang akan dikaji boleh diserahkan kepada anak-anak.
Adakalanya
anak diminta untuk memimpin kajian.
orang
tua boleh memberi arahan atau pembetulan jika ada hal-hal yang kurang tepat.
Cara ini
sekaligus untuk melatih keberanian anak menyampaikan isi al-Quran.
7.
Mengamalkan dan memperjuangkan
Al-Quran tentu bukan hanya untuk dibaca, dihafal dan dikaji.
Justeru
yang paling penting adalah diamalkan seluruh isinya dan diperjuangkan agar
benar-benar dapat menyinari kehidupan
manusia.
Sampaikan
kepada anak tentang kewajiban mengamalkan serta memperjuangkan al-Quran dan
pahala yang akan diraihnya. InsyaAllah, hal ini akan memotivasikan anak.
Kepada
anak juga boleh diceritakan tentang bagaimana para Sahabat
dulu yang sangat teguh berpegang pada al-Quran; ceritakan pula
bagaimana mereka bersama Rasulullah sepanjang hidupnya berjuang agar al-Quran
tegak dalam kehidupan.
SUMBER : iluvislam.com
Read Users' Comments (0)